Ketenangan..

Salam Semua,

Hari ini genap 61 hari aku bergelar seorang suami. Aku kini menghampiri erti sebuah kehidupan yang berteman. Dulu aku kosong..ibarat menutup botol kosong yang tidak berisi. Kini, botol itu semakin berisi.

tanpa aku sedari, tanggungjawab sebagai seorang suami itu berat. Tapi aku akan tetap mencuba untuk menggalas setiap bebanan yang datang. Bukanlah aku menganggap kehidupan  di alam perkahwinan itu satu bebanan tetapi lebih kepada satu ujian ke atas hambaNya. Apa yang aku tahu,kini, aku telah mengikut jajk sunnah Nabi S.A.W.

Disinilah titik penghijrahan dalam hidupku. Aku akan sentiasa mencuba untuk menggembirakan orang disekelilingku seperti biasa. Biarlah jika ada yang terguris di hati,aku telan dalam-dalam. Kerana setiap luka yang dihiris itu cuma kecil dihatiku..tidak akan dapat merubah kasih sayang aku terhadap semua..Aku bersyukur aku masih mempunyai kasih sayang untuk dicurahkan.

Cinta..aku ingin mencintai Allah terlebih dahulu..Semalam isteri kesayanganku bertanya kepada kau tentang cinta. apakah aku cinta padanya?

Wahai isteriku yang cantik, aku tak mahu memujimu dihadapanmu kerana aku takut ia kan menimbulkan riak dihatimu. Aku tak mahu engkau berdosa kerana aku. Biarlah aku simpan cintaku terhadapmu di dalam hatiku.

Satu perlu kau tahu wahai isteriku. Aku menerimamu kerana Tuhanku, kerana agamaku, dan kerana keturunanku. Aku sangat mencintai dirimu. Tapi tempatmu dihatiku adalah di tempat kelima dalam hidupku. Wahai kesayanganku, engkau tetap cantik dihatiku. Senyumlah selalu kerana senyumanmu membuatkan resahku hilang…Di situ ketenanganku..sama seperti tika aku melihat wajah ayah dan ibuku…

Disitulah ketenanganku,semoga syurga menjadi tempat tenang kita beradu…

1 Comment(s)

  1. Terima kasih sayang di atas cinta dan kasih sayangmu kepadaku…Moga cinta suci ini kekal hingga ke akhir hayat dan moga diriku mampu untuk membahagiakanmu buat selamanya…. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap ketetapan yang telah diaturkan untuk hamba-hambaNya..Maka diriku amat percaya bahawa engkaulah yang terbaik untukku yang telah dikurniakanNya kepadaku…ku bersyukur padamu Ya Allah..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.